Wohh..ganazznya harga emas hari nihh

dh agak lama saya tk monitor harga semasa emas..kebiasaannya saya akan tengok harga 1 dinar..tanda aras utk saya buat comparison..hehe..alih2 harini 1 dinar harga jualannya RM741..harga belian RM697..huwargghh kali terakhir saya tengok tk sampai pun RM700..

bahagialah sesiapa yg dah beli awal tahun haritu..contoh terdekat adik saya..dia beli dr saya waktu tu harga jualan RM634 kalau tk silap..so kalau katakan dia nk jual sekarang…dengan harga belian sekalipun dia tetap untung..apatah lagi kalau dealer mcm saya kan..boleh jual dengan harga jualan ;-) ..mmg berbaloi baloi..

tadi siang ada bank call offer saya buat loan ASB..ohh..saya dah lama tk menambah simpanan di sana sbb mcm2 hal sya baca tentang investment tersebut..alternatifnya..saya beli physical gold..korang pulak mcm mana? amacam? ada bran??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bestfriend baru kaler maroon :D


saya sedang menyahut cabaran untuk menjadikan kulit wajah cantik berseri..ewahhh ;-) first time beli product SK II teruja sebenarnya..gara-gara baca entry aunty nani rostam lah nih…:D kagumkan kecantikan dia so saya pun bernekad untuk cuba.

tengok iklan ada promo pek RM199 mmg murah berbanding harga asal RM495..tp berangan jelah..sampai kaunter sure habih..huhu..tp dek kerana semangat nk cuba..saya try dulu beli Facial Treatment Essence..harini baru mula..kita tengok mcm mana selepas ni..berapa lama utk kulit muka saya bertindakbalas dengan product yg dikatakan tk pernah mengecewakan penggunanya..

auww tk sabar nk bagi review ;-)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

mood bersedih..

belum pun hilang kisah sedih saya dengan entry lepas, awal minggu ni, 4 Julai 2011 saya dikejutkan lagi dengan berita sedih…saya kehilangan anak saudara pertama saya, Muhammad setelah bertarung nyawa untuk hidup di muka bumi ini selama 3 jam selepas dilahirkan..sedihnya mmg tk terkata..Allah ajelah yang tau perasaan saya..

urusan jenazah diselesaikan oleh pihak hospital pada pagi tersebut..kami bawa balik ke temerloh untuk disemadikan..saya berpeluang untuk memegang si kecil, menatap kali pertama dan terakhir wajah si pari-pari syurga..sungguh tk tertahan rasa hati walaupun dia bukan cahaya mata saya..

kesedihan dah tentulah paling dirasai oleh adik dan adik ipar saya..kesakitan waktu melahirkan biasanya akan terubat bila melihat cahaya mata sendiri di hadapan mata tapi Allah lebih sayangkan Muhammad..hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu..semoga Allah kurniakan ketabahan hati untuk adik dan ipar saya..juga seluruh ahli keluarga kami..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Yang pergi tak kembali

2 hari lepas saya dikejutkan dengan berita yg sepatutnya gembira tapi sebenarnya tragedi yang menyayat hati..meruntun hati keibuaan saya nih..seorang kawan saya telah selamat melahirkan anak lelaki yang comel tetapi bayinya ditakdirkan pergi setelah sejam dilahirkan kerana kecuaian pihak hospital..:-(

sebagai umat islam mmg kita seharusnya redha dengan ketentuanNya walaupun mmg berat sungguh untuk menghadapi dugaan besar mcm ni tapi mmg banyak betul persoalan yang bermain dalam kepala saya, kawan2 dan tentulah keluarga kawan saya ni..kenapa dah 1 cm still suruh balik? kenapa boleh jadi bleeding bila dah pecahkan air ketuban? kenapa tali pusat boleh putus dalam kandungan? kenapa doktor tk detect awal? kenapa doktor acuh tk acuh melayan? kenapa jauh sangat untuk dapatkan bekalan oksigen untuk baby? kenapa? kenapa? kenapa? mmg sakit hati dengan jawapan pihak hospital..

apa yg ralat, saya pun 2 kali bersalin di tempat yang sama..alhamdulillah mmg saya bernasib baik..kedua2 nya tk ada masalah..dan mmg bila dah buka 1 cm mmg dah tk boleh ke mana2..tapi itu yg berlaku 4 dan hampir 6 thn lepas. mungkin ke doktor ni dah bosan dengan kerja diorang?

mengikut kata ayah kawan saya ni, bulan April lepas kejadian yang sama terjadi kepada sepupu kawan saya tadi di hospital yang sama..kebetulan atau mmg betul2 cuai? bila dah dengar kes mcm ni rasa takut nk bersalin lagi dekat sini..

doa saya semoga kawan saya ni tabah dan bersabar kerana hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk dia..segala yang berlaku adalah yang terbaik Allah dah rancangkan untuk dia dan keluarganya..al-Fatihah..

notakaki: hargai dan sayangi anak yang kita dah miliki kerana anak hanyalah pinjaman..bila-bila masa aje Allah boleh ambik balik.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ikan susu?

korang penah makan ikan susu? huhu saya pun baru pertama kali..nama ikan ni pun baru first time dengar..huhuh..

alkesahnye biasa kalau pegi pasar keramat, terus je mintak brader tu siangkan ikan siakap..kali ni gara2 nk cepat saya pegi cari ikan dekat maxvalue aje..sbb kebiasaannya belah tepi tu dia mmg letak siakap saya pun sepantas kilat main ambik je tanpa usul periksa sbb tkde org dekat bahagian tu..pastu dgn confident mintak tukang timbang siang..huhu sekali dah siang tengok nama ikan tu “susu” huwaa rasa nk nangess..musnah harapan nk buat siakap sweet sour dgn nenas yg abah bawak fresh from rumah..huhu

tp susu pun susu lah..saya terjah jugak try buat sweet sour..alhamdulillah sedap rupanya ikan susu nih..rasa dia lemak2 maniss..tp ade byk tulang kecik2 tu..kene hati2 sikit la makan..yg pentingg licin..semua org suka rupanya..tk sia2 beli..alhamdulillah :-)

moralnya: jgn melulu je nk cepat dan fikir positif, mesti ok punye :D

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sejuk perut ibu mengandung :D

kalo mood kamceng mmg tk bole blah :D mmg baek sangattt..terharu i u! tk sangka bole diharap jugak cik abang sorang nih layan adik baca iqra..tp mmg pun since dah besar sikit ni dah nampak boleh diharap jugak la Adam nih..kene pandai tackle dia..hehe alhamdulillah saya tk mintak byk sangat pun..harap dia berjaya jadi orang..muslim sejati..itu jek..sikit jek kan? kan? kan? ;-)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Public Gold 50gram Gold bar for SALE..RM8K ONLY!!

cepat cepat jgn lepaskan peluang keemasan untuk memiliki 50gram gold bar yg sungguh menawan dengan harga yg jauh lebih murah dr harga pasaran semasa..tengok seblah tepi tu ada harga semasa yea .;-)

berminat? pm saya segera :D

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bersawang wok!

hayyaa dh lama tk update blog..entry lepas pun sebenarnya en suami yg update…ngee :D sesungguhnya saya amat bz..yup since resign awal thn haritu mmg tkde masa nk update n sejak tu jugak saya bertemankan netbook yg comel lote..so bila nk update pun agak susah sbb dia tk ui friendly..tk nampak button publish..huhuhu

tapi kini tidak lagik :D sejak ada best friend baru kaler merah nye makngah hadiah en suami sempena mother’s day maka insyaallah saya akan mula tulis balik..semangat membara2 nih..ahakss :P ..ehh mestii sbb saya sanggup melepaskan priority nk buat KC sbb nk dapat cik merah menyala nih..hahah

sekarang most everday bekerja di putrajaya kadang2 di sri kembangan..project ok..honestly saya suka project ni..walaupun ada masa dilanda masalah negara jugak..hahah mana nk jumpa project yg tk pernah ada masalah kan? hahha..

perjanjian asal saya hanyalah seorang SA..tp lama2 tkde nye sekadar jadi SA tu..hahaha mcm2 jugak buatnye..ingat kerja dekat xyb ke? hahah ade job scope yg very the clear one :D ishk ishkk ni yg buat sayang xyb nih..hihihi…apapun hidup mesti diteruskan..yg dh lepas tu biarkanlah berlalu okay..;-)

alhamdulillah user requirement gathering phase dah settle..sekarang nk final kan document n sign off..harap2 boleh settle cepat jugak..n next stage mari kita mula buat design..yihaaa!!!

jgn tk sangka u..i akan involve development balik semula..huhuu..dan mereka telahpun memberikan tanggongjawap besarrr..ggrrrr..tkleh imagine..tp yg penting kene kuatkan semangat..mesti boleh!!

byk kali fikir..nampak mcm interesting..yeah saya akan buat project tu menggunakan ABLE framework…kalo tatau google..tp kot susah nk jumpa sbb yg kuar sure pasal ibm able n able for .net..ngeee…

kalo korang pernah familiar dengan stripes..yg ini lebih advanced..saya pun technologi paling terer utk java cuma struts..thn 2006 hihih malunye nk mengaku..hehe tp tkper..kita cube dulu yok! belum cube belum tau..rasanye struts tu dah cukup best dah..ABLE nih sure lg gempak kan ;-)

cmtu lah ceritanya life saya sekarang..tp seriously saya happy dengan apa yg saya buat..alhamdulillah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

11 Formula Kejayaan!

11 Formula Kejayaan!

oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

bz bz bz hal donia..apapun EMAS no 1 ;-)

wohh! tk sangka walaupon saya sudah tiada majikan secara permanent tp saya amat bz dengan kerja2 saya sendiri..alhamdulillah saya bersyukur kerana walapun telah diduga dgn macam2 kejadian yg tk terjangkau kepala otak saya nih tapi Allah memberi saya kemurahan rezeki dari sumber lain..:-) semoga Allah jelah yg membalas segala perbuatan mereka yang menzalimi itu…

tk lupa jugak dengan emas saya…harga selepas chinese new year ni nampaknya agak memberangsangkan.. so apa tunggu lagi kawan2? inilah masanya utk melabur..TAK RUGI PUNYE! ;-)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS